Review Gambar Wayang: Lanun Pulau Karibian: Peti Orang Mati

By UnkleBus
Malam semalam saya dengan kawan kawan pergi ke satu utama tengok gambar wayang bertajuk Lanun Pulau Karibian. Kami sampai sana lebih awal dan pergi ke chilis untuk minum, saya minum beer, todi orang putih, sambil menunggu kawan kawan yang lain. Setelah semua sampai saya pun sedikit mabuk sebab muka merah macam sial. Satu pekara buruk chilis 1Utama ialah servisnya teruk. Kami rasa ada di kalangan mereka yang kalah dalam world-cup. Tapi tak pe. Beer sudah mencukupi. Setelah habis makan dan minum kami pun pergi masuk pawagam.

Wayang ini di-bintangi Johnny Depp, seorang macho yang banyak perempuan suka. Walaupun gigi dia hitam macam jalan raya baru di-tar oleh DBKL, tapi dia masih dapat awek yang suka dia. muka dia memang kelakar. Dua lagi pelakon yang femes satunye legolas dari tuan cincin-cincin yang ada telinga tajam tu, haa.. dan rambut panjang emas… awek pun banyak suka sama dia. Last sekali ialah awek yang pernah berlakon dalam wayang pertama Lanun-lanun kee-era entah-apa naik-lee

Jack Sparrow yang dibintangi Johnny Depp kembali lagi, kali ini untuk mencari harta lanun yang paling celaka Davy Jones. Harta yang dicari itu ialah Peti Orang Mati. Di dalamnya ada sesuatu yang membolehkan Jack untuk melepaskan dirinya dari sumpah tertitah diatas jiwanya. Jadi ada juga budak giler babi zaman British dari Syarikat India Timor yang nak kan harta karun itu, tapi I lupa ler nama dia. Dia dan Kroninye menangkap si-legolas tu dan naik-lee dan memaksa si teliga-tajam untuk cari Jack punye Kompas. Jack itu pandai dan menyuruh kalau budak itu mencari kunci kotak kalau nak kompas itu.

Bila telinga-tajam itu sudah pergi, aweknye naik-lee mendapat pertolongang bapak untuk lari dari penjara. Dia menggunakan otaknye dengan baik untuk cari jalan naik kapal. Setelah dapat cari Jack, dia pulak pandai-pandai suruh naik-lee menolong dia mencari peti. So macam tu lah story. I tak nak cakap lagi sebab tak nak “spoil” gambar untuk you. tapi Bila u tengok, tengok sampai habis, sampai semua kredit hilang. Aah ada sikit-sikit lagi heheh…

Oh oh i lupa cakap ada satu sotong besarr giler! dan sotong itu banyak gigi, bau pun sehebat kentut campur durian dan petai. tapi satu kali bila ia cuba makan mutiara hitam, mereka dapat membakar lengan-lengannye. Cuba la you pikir kalau ada sotong bakar sebesar itu, boleh makan sampai mati (walaupun saya lebih suka sotong masak sambal)

Bes juga la gambar ini... pergi tengok gua rekomend bes lawak giler!!!!! tiga steng bintang daripada lima bintang